hazwan mohammad makin dikenali?

hai readers.. lama tak tulis entry cerita2 artis kan.. sejak BLOG Risya yang khas untuk ARTIS2 di tutup atas sebab2 tertentu, Risya jarang update lagi pasal artis. 

tetapi Entry kali ini, Risya buat juga la tentang Bakal Bintang yang akan mengegarkan Asia iaitu penyanyi kelahiran Brunei.
 Bagi yang mengikuti D'Academy Asia 2, sudah tentu pernah mendengar nama HAZWAN MOHAMMAD yang merupakan peserta dari negara BRUNEI. Orangnya tampan bersuara merdu sememang dapat mencairkan hati-hati wanita termasuk hati kawan risya ( not me okey, nanti ada yang jelous, susah i nak pujuk )



sebenarnya Risya sudah mengikuti DAA sejak musim pertama.tetapi masa itu kakak teman baik risya ,wana yang jadi peserta ( Yaniey D'Academy Asia ). Malah, pada musim ke dua DAA artis  yang Risya minat sangat dari kecil dengan lagu popular dia nazam berkasih n bakawali iaitu SYURA  pun menyertai program ini. Nak di jadikan cerita, Si Hazwan dan Syura merupakan pesaing dalam group yang sama. ok tamat cerita Syura. 



Berbalik pada cerita Hazwan, beliau memiliki suara yang sangat lunak. vokal yang mantap n bila dia menyanyi pitching dia tak lari sangat la ( juri keyboard kan,biasa la, sedangkan suara i ke laut, hujan turun bagai..hahaha  )



dari segi Rupa paras, pakej dia sangat lengkap, walaupun badan tidak begitu sado, tapi cukup bergaya bila mempunyai bentuk muka yang tampan walaupun tak setampan pelakon korea Risya kan..:p maka tidak mustahil la bila rata2 Risya buat kajian di media Sosial sebelum ini,kebanyak netizen memang puji kehenseman beliau. 

Bagi Risya, ( ini sekadar pendapat i la, tiada kena mengena hidup dan mati ) jika dia diberi peluang untuk mengetengahkan bakat yang dia miliki, dia juga mampu bersaing misalnya dengan artis-artis dari asia tenggara. Hal ini demikian kerana bukan sahaja paras rupa yang menarik malah dengan kelunakan suara beliau itu sendiri mampu memukau semua orang yang mendengarnya.
 Risya berharap hazwan dapat meneruskan karya dan jangan sesekali lupa kepada FANS yang telah menaikkan nama beliau seperti sekarang ni. Good Luck Hazwan... chaiyok. #bruneiYAKIN #GegarBruneiGegar


Catat Ulasan

0 Ulasan